Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Selangor tiada rizab air untuk tampung penggunaan tak dirancang



ULASAN: Sebenarnya masalah air di Selangor ni bukan baru. Antara masalah ialah rizab air Selangor 0%. KOSONG persen.

Selangor keluarkan 4,606 juta liter, million litres per day (MLD), padahal penggunaan harian ialah 4,807 MLD. Tak cukup.

Sebab tu kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa Najib Razak daripada dulu nak buat Loji Langat 2 sejak 2014, tapi kerajaan PKR masa tu asyik berdalih dan mengejek BN mengenai krisis air di Selangor dengan mengaitkan masalah air di Pahang dan sebagainya.

Pengeluaran air terawat tak cukup pun untuk tampung penggunaan harian, lagilah kalau berlaku paip pecah, atau kenaikan mendadak macam hari raya atau cuti, Selangor tak ada rizab untuk menampung penggunaan tak dirancang.


Untuk ukur masalah lain reserve margin rendah ni, ialah contohnya kalau satu-satu paip rosak yang contohnya menghilangkan 15% air terawat, dan contohnya reserve margin 3%, maka loji akan perlukan 5 hari untuk pulih sepenuhnya. 

Kalau reserve margin rendah maksudnya lagi lama lah masa diambil untuk pulih.

Loji Rawatan air di Selangor juga overworked (terlalu banyak bekerja) melampaui kapasiti, sebab itu selalu rosak. Pam rosak, elbow joint rosaklah, apalah.

Load Factor (faktor bebanan)  sepatutnya 80%, bukannya kerja 120% setiap hari setiap minggu. Memanglah rosak.

Selangor juga merekodkan paling banyak berlaku masalah air dengan sekitar 80,000 kes iaitu separuh drpd total 160,000 kes seluruh negara pada 2015-2016.

Selangor juga merekodkan paling banyak aduan iaitu 260,000 aduan berbanding Pahang 2,249 aduan, atau Pulau Pinang  3,778 aduan pada 2015-2016.