Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Saya tak akan maafkan Najib sampai bila-bila" -Mahathir


Tun Dr. Mahathir Mohamad seringkali menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak setiap kali beliau membuka mulut sehingga ada yang melihat persengketaan mereka berdua lebih kepada bersifat peribadi.

Kali ini Dr Mahathir akan menjawab pelbagai soalan termasuk adakah beliau akan memaafkan Najib.

Dalam temu bual eksklusif MalaysiaGazette dengan Dr. Mahathir yang ditunda sehingga pada pukul 11 malam tadi, beliau telah menjawab pelbagai persoalan mengenai pelbagai perkara seperti isu mengenai Pak Lah, Najib, Anwar Ibrahim dan juga pentadbiran Muhyiddin.

Untuk rekod, sepanjang temubual Mahathir telah menyebut nama Najib lebih dari 20 kali.




Soalan terakhir daripada MalaysiaGazette kepada Dr Mahathir adalah yang paling ditunggu-tunggu samada beliau akan memaafkan Najib ataupun tidak.

"Adakah Tun akan memafkan Dato Seri Najib sepertimana Tun memafkan Dato Seri Anwar Ibrahim?" soal MalaysiaGazette

"No, different (berbeza daripada Anwar), saya tak boleh maaf orang yang destroy my party (rosakkan parti saya)."

"Itu dia buat, dia buat betul-betul sampai orang benci kepada UMNO."



"Masa saya letak jawatan, bila ada pilihanraya pada 4 haribulan, dia menang lebih daripada masa saya, Pak Lah menang."

"Tapi sekarang orang tolak Pak Lah dan Najib, Najib lebih teruk dari Pak Lah."

"Orang yang rosakkan UMNO saya tak boleh maaf."

"Sampai bila-bila?" soal MalaysiaGazette

"Ya lah, sampai bila-bila lah." jawab Mahathir walaupun sedikit gagap.

BACA: Polis Perlis tebang semua pokok ketum

-Tun Carlos