Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib belum lagi bersalah, tak perlu lucut keahlian UMNO -Tengku Adnan


Masih terlalu awal untuk Umno melucutkan keahlian bekas perdana menteri, Najib Razak dalam Umno susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang mendapati dia bersalah terhadap semua tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Malah, kata Bendahari Umno, Tengku Adnan Mansor, keahlian ahli parlimen Pekan itu bergantung kepada keputusan rayuan kes beliau.

Katanya, masih ada masa untuk menilai dan menunggu keputusan rayuan kes tersebut.

“Dia (Najib) belum lagi bersalah. Kalau jatuh bersalah (di peringkat rayuan), kita akan keluarkan dia daripada parti.


“Sekarang, masih dalam peringkat rayuan. Kita akan tentukan keputusan untuk Najib (lucut keahlian) selepas didapati bersalah,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia Online, hari ini.

Najib pada 28 Julai lalu, dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.

Dia kemudian memohon hukuman itu ditangguhkan sementara pihaknya mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Najib kini bebas dengan jaminan RM2 juta berserta dua penjamin.

Pada Selasa lalu, dia dihukum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan CBT dan pengubahan wang haram serta 12 tahun dan RM210 juta atau penjara lima tahun dalam kes penyalahgunaan kuasa.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan agar kesemua hukuman penjara berjalan serentak.