Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu Kerusi Sabah: Wan Fayhsal minta UMNO jangan angkuh seperti DAP



HORMATI PEMIMPIN, KEDUDUKAN PARTI, JANGAN KERUHKAN KEADAAN

1. BERSATU adalah sebuah parti yang menjunjung demokrasi. Kita sentiasa hormati hak bersuara sesiapa sahaja dan raikan perbezaan pandangan.

2. Namun begitu Saudara Ketua Penerangan UMNO tidak seharusnya melemparkan kata-kata kurang manis kepada seorang pemimpin kanan negeri berautonomi seperti Sabah.

3. BERSATU Sabah sebagai sebuah blok besar dalam politik tanah air berhak melakukan perancangan mereka sendiri sebelum memulakan perbincangan lanjut dengan pimpinan pusat dan rakan-rakan sekutu. Kita hormati autonomi Sabah dan peranan yang dimainkan oleh BERSATU negeri.


4. Adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak memberikan komen, terutamanya jika ia hanya mengeruhkan keadaan. Sebagai orang Melayu, kita utamakan setiakawan.

5. Jangan bawa cara politik lama Semenanjung ke Sabah. Belajarlah daripada keangkuhan DAP yang membawa kepada kejatuhan kerajaan terdahulu.

6. Para penggerak ARMADA khususnya di Sabah akan terus menyokong apa juga keputusan pucuk pimpinan dan menggerakkan jentera anak muda demi kemenangan BERSATU dan kejayaan kerajaan di bawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BERSATU-BERAMANAH-BERMARUAH

WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL
Ketua Bahagian BERSATU Titiwangsa P119
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur