Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kerajaan umum anak-anak bawah 18 tahun layak dapat BSH berjumlah RM480, baca syaratnya


Berhadapan dengan krisis ekonomi akibat kesan daripada pandemik Covid-19, membuatkan banyak sektor terkesan sekaligus memberi tekanan kewangan dalam setiap institusi keluarga.

Justeru, kerajaan masih komited dalam memberi bantuan kepada mereka yang layak, agar sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah kewangan dalam kalangan rakyat.

Anak bawah 18 layak dapat bantuan

Dalam satu kenyataan media, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan bahawa keluarga yang mempunyai anak di bawah usia 18 tahun, layak menerima bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH).


Bagaimana pun, maksimum empat orang anak sahaja yang layak mendapat bantuan dengan setiap orang menerima RM120 (bersamaan RM480 untuk 4 orang anak) pada fasa ketiga yang akan dibayar sebelum akhir Julai ini.

Maksimum empat orang

Tambah beliau, BSH kali ini merangkumi 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang dengan implikasi kos sebanyak RM 3 billion.

“Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat orang anak akan mendapat RM1,080 secara keseluruhan bagi bantuan BSH ini…”


Untuk pemberian BSH, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima bayaran sebanyak RM600 manakala, isi rumah dengan pendapatan antara RM2,001 – RM3,000 (RM350).

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 – RM4,000 akan menerima BSH sebanyak RM250 manakala, golongan bujang (40 tahun ke atas) berpendapatan kurang RM2,000 (RM400).

Rata-rata netizan melahirkan penghargaan atas usaha murni kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat

Sumber : Astro Awani