Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Guan Eng terharu dapat hadiah kek dari Mufti Wilayah


Mufti Wilayah hari ini telah membuat kejutan kepada Lim Guan Eng semasa mufti tersebut melawatnya di pejabat.

Guan Eng melahirkan rasa terharu dengan hadiah yang diberikan oleh Mufti sempena Tahun Baru Cina.

Di atas kek tersebut tertera perkataan "Happy Chinese New Year 2020"




"Saya cukup terharu menerima hadiah kek "Secret Recipe" sempena sambutan Tahun Baru Cina di pejabat saya hari ini daripada Mufti Wilayah Persekutuan Sahibus Samahah Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri."ujar Guan Eng.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengucapkan semoga rakyat Malaysia dapat bersama-sama kekalkan perpaduan harmoni dan hubungan silaturrahim yang erat antara satu sama lain.

-Tun Carlos